Wednesday, September 2, 2009

Kemisterian melanda...

OH YEAH!!
Minasan... Hisashiburidesune??
(semua...lama tak jumpa ye)
hahaha~
aku tak tau arr kenapa aku tetiba terasa nak menaip kembali entry ke dalam blog ini...
tapi terasa adakalanya perlu juga isi...
taknak lah pulak blog ini jadi projek terbengkalai pulak!!!

(hahahaha kalau jadi apa salahnya~)
kali ini aku cuma mahu tegaskan aku terasa sungguh penat dan letih setelah hampir 4 bulan ikut kursus RPKJ
...
jadual harian yang sangat packed..
kalau mahu dibandingkan sewaktu di sekolah dulu
totemo chigauyo!!
(sangat berbeza!!!)
walau bagaimanapun...
banyak perkara aku dah lalui sepanjang aku berada di
UM
ni..
tatoeba...

(contohnya...)


  • rasa sekejap sahaja untuk membolehkan diri ni untuk lulus JLPT level 4 (yang pernah diambil sewaktu hujung tahun 2007 dan terasa sngat susah ketika itu...)
  • kenal dengan ramai orang seperti safoo, boss, ell, mun, ben and ramai lagi ahh...
  • jumpa salah seorang member internet cik athen iaitu cik shamim..(hahahaha)

and sempena bulan puasa ini aku mahu ucapkan selamat berpuasa dan berbuka puasa...
ok... berbalik kepada tajuk post ini...
sejak kebelakangan ini selalu je en. sakit kepala datang melawat kepala aku...
entah kenapa jadi macam ini..
kena pulak dengan En. S yang semacam mahu sangat aku contact kembali cik N...
so hampir setiap kali sebelum tidur aku akan terpikir about cik N and secara tidak sengaja memikirkan apa ayat yang harus aku susun and sampaikan kepada cik N...
so tidur memang tak lenalah jadinya...
mana taknya..
otak terpaksa berkerja sebelum tidurkan..
so terpaksalah top up tidur sewaktu kyuukei (rehat sekejap) atau even waktu lecture yang tersangat mendayu-dayu seperti irama yang sering didengari daripada radio atuk sewaktu malam-malam (hahahahahaha)
berkenaan dengan cik N..
aku tak mahu jelaskan secara lanjutlah sebabkan hal ini agak peribadi bagi aku..
tapi aku cuma boleh katakan bahawa aku sedang mencari cara untuk mengetahui apa masalah yang telah terjadi antara aku dan cik N serta cara untuk aku minta maaf daripada cik N andai kata aku ada buat salah dan silap kepada dia...
tapi aku sendiri tak tahu apa halangan yang menyebabkan aku tak mahu menghubungi cik N...
so aku rasa biarkanlah misteri yang melanda itu terus menjadi misteri buat sementara ini..
lebih baik aku berehat sekejap daripada terus membebankan kepala dengan masalah yang aku tak sendiri tahu apa masalahnya...
huhuhu..

so aku rasa buat kali ini sampai disini sahaja dululah...

-owari-