Sunday, December 5, 2010

Sudah...

... sekian lama aku tak menulis dalam blog ini
... lama tak makan aiskrim malaysia
... menyelesaikan peperiksaan EJU
... tengok beberapa anime sampai habis dan menontonnya berulang-ulang kali
... tidak sabar mahu ke Jepun
... hilang idea untuk terus menulis untuk entri kali ini

Sunday, May 2, 2010

100 Plus

bukan 100 tambah apa2 ye...
just some random theme utk di keluarkan...
antara 100 plus yang ada kat malaysia ni..
ada satu yang aku suka beli dan minum...

100 plus hijau...
a.k.a 100 plus berperisa lemon...

aku tak tau sejak bila aku mula boleh menerima 100 plus...
sebab time sekolah rendah aku akan rasa pelik bila minum 100 plus..
but time form 2 aku selalu diminta tolong untuk membeli 100 plus hijau tu...
aku pun jadi curious sedap sangat ke 100 plus hijau tu..
ada satu hari tu aku pun beli la untuk diri sendiri...
tak tau apasal sejak hari tu aku selalu mintak abah belikan 100 plus hijau tu untuk aku untuk bawak balik asrama...
dan secara tak langsung aku dah kurang minum coke atau pepsi...
kalau tak memang botol pepsi twist memang penuh kat dalam locker aku tu..
huhuhu~
tapi sekarang nie cam da jarang minum 100 plus...
maybe sebab aku cuba melupakan somebody yang ada kaitan dengan 100 plus hijau ni...
tapi rasa 100 plus hijau tetap best!!!
hahahaha~


-owari-

conteng: 100 plus ni mengingatkan aku kat bilik band sekolah... time WO da abes bile dak form 5 terasa nak turun bilik band and cikgu ada kat bilik dia akan bagi 100 plus yang berlebihan kat kitorang... time tu aku tepikir asal la banyak sangat 100 plus... padahal bukan keluar peluh banyak sangat peluh pun except time marching kan...

conteng conteng: bile da kurang minum 100 plus aku minum nescafe MOCHA plak... pergh... mengancam jiwa dan raga... hahahaha

Tuesday, April 6, 2010

Pelik tapi benar...

hari ini...
satu kejadian telah menggemparkan rakyat malaysia melalui internet....
iaitu seorang makhluk Allah telah menghina Allahyarham Din Beramboi...
aku tak nak letak nama makhluk tu kat sini...
sebab kalau korang search je pasal hina Allahyarham Din Beramboi ni automatik korang dapat nama penghina tersebut..
dan aku tak nak libat kan nama makhluk tersebut dalam blog aku ni..
nanti sekadar mempopularkan makhluk tersebuat dalam ruangan carian seperti google (dan aku dah cuba dan... WOW!!!! banyak giler hasil carian tersebut....)
apa yang aku nak ulas kali ini pasal mentaliti masyarakat kita sendiri....

mengenai penghina...
aku rasa penghhina ni memang lahir dalam keluarga islam...
tapi...
statement yang telah dikeluarkan oleh penghina tersebut telah menimbulkan perasaan curiga...
dalam salah satu statement penghina...
dia mengatakan bahawa dia beragama khadazan Sabah...
dimana kadazan itu bukanlah satu agama
tetapi salah satu kaum di Sabah...
namun sudah jelas terbukti bahawa dia adalah salah seorang pelajar yang menetap di kuantan...
persoalannya disini...
apabila dia telah keluarkan statement tersebut..
adakah status agama Islam itu akan kelihatan kukuh lagi??
adakah telah jatuh hukum murtad kerana dia mengaku menganut agama yang lain daripada islam???
and aku cukup tak puas hati kerana penghina tersebut telah mempermainkan salah satu tajuk surah dalam kitab Al-Quran dan menukarkan kepada kata kesat....
selepas itu penghina tersebut cuba menutup kesalahannya dengan memasuki group "Al-Quran sebagai kitab yang benar" atau "dakwah"...
saya taklah begitu sempurna serba serbi..
tapi tak kah perbuatan ini seperti seorang munafiq???
dan perbuatan ini sama sekali telah bercanggah dengan statement yang telah dikemukan oleh si penghina dan menunjukkan bahawa penghina in adalah seorang yang beragama Islam...

dan pandangan aku terhadap golongan2 manusia yang membenci si penghina...
memang patut untuk korang membenci perbuatan si penghina itu...
tapi sebagai golongan islam kita tak sepatutnya menghina dan menghamburkan kata2 kesat terhadapnya...
sebaliknya cuba menasihat dan mengambil iktibar daripada apa yang terjadi...
lihatlah sendiri apa yang terjadi kepada si penghina...
makin gembira apabila perbuatannya itu jadi tumpuan orang ramai dan ramai yang menhamburkan kata2 kesat kepadanya...
kita kena ingat bahawa orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya...
apabila masing2 mula menghamburkan kata2 kesat kepada si penghina...
takkah perbuatan tersebut hampir menyerupai si penghina???

jadi ambillah iktibar daripada apa yang terjadi...
harap Allah dpt memelihara kita daripada perbuatan seperti ini terjadi lagi...

aku akhiri catatan kali ini dengan harapan supaya kita dapat ambil iktibar dan jangan terlalu mengikut hawa nafsu... fikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi...

-owari-

conteng: ahh... isu yang timbul dalam masa yang sekejap... baru sehari je macam2 dah muncul dah... internet2... skjap je benda2 yang spatutnye atau sebaliknya tersebar....

conteng conteng: pelik... kalau dalam facebook ni kalau benci sesuatu je buat group... pastu maki2 dangan kata kesat.... pelik2.... aku rasa group patut ada sekadar untuk memberi informasi... bukannya ruangan untuk menghamburkan kata2 kesat... kita tak mengamalkan sistem realpolitik... dimana matlamat menghalakan cara... (ewah... keluar topik sejarah plak... padahal sejarah aku la slalu kantoi... hehehehehe~)

Tuesday, March 30, 2010

the return of.... MERAPU

haha...
nak gak title merapu uh..
by the way tadi dah ambil slip keputusan...
alhamdulillah...
masih lulus...

huhuhu
so SENYUM la~ (senyumlah senyumlah ahai... cik mek molek!!)
sebab bila anda tersenyum, anda boleh memberi efek kepada orang2 sekeliling anda seperti:

  • tersenyum kembali (senyum kan sedekah)
  • pandang ngan muke tak puas hati (rasenye pasal dyorang tak leh nak wat cam uh...)
  • wat muke pelik (pasal dyorang tak tau kenapa anda senyum)
  • memandang anda lalu tergelak sama ada bersendirian atau secara beramai-ramai...(kalau camni kena hati2 sedikit sebab mungkin anda tak perasan sesuatu yang tidak kena pada awak... cth: tak zip seluar rapat2)
huhu~
k lah... cukup lah hasil merapu untuk kali ni ye...
hak3~

-owari-

Sunday, March 14, 2010

Bebelan merapu..

YA!

seperti yang tertulis pada tajuk itu aku nak merapu je dalam entry yang ini...
bukan ape..
kalau aku asyik dok simpan dalam hati mau sakit jadinya nanti..


aku tak tau la... aku sebenarnye bukan la jenis mat jiwang ke...
i admit it... i'm bad with words, and not really good at communicating...
no wonder tak de orang nak rapat dengan aku kalau tak kenal aku...
bile aku tengok both of my sis hangout with their friends....
i'm jealous with them...
tu la time aku tak de kat umah aku cube nak buat kawan....
cume kadang2 aku tak yakin..
ape yang aku buat tu betul ke???
berkesan ke ape aku buat???
aku nak orang cuba paham sapa sebenarnye aku ni...
but when i reflect about it...
me myself don't know who i really am...
how am i supposed to make other know about me then???
physically i'm surrounded with peeps...
but lonely deep inside my heart..
i need the light that will shine throughout my heart just like before..
dulu...
aku tak pernah rasa motivated untuk melakukan ape pun...
when i failed at doing something i would have said something like "ah, like i should care what happened next... it's out of other people business,,,"
tapi di sebabkan die la aku jadi lebih motivated untuk terus belajar...
maybe orang akan cakap...
"ala... tu ego sorg laki... x nak kalah dgn perempuan"
tapi aku tak peduli semua tu...
aku anggap die one of my best friend...
selepas beberapa peristiwa aku rasa perasaan aku terhadap die bukan sekadar kawan lagi...
tapi aku takde luahkan samapi la birthday dye yg ke-17...
tapi aku dapat respons yang sebaliknye...
since tu aku dah tak de lagi bercakap ngan die...
kehadiran aku seolah-olah tak wujud lagi depan mata die..
time tu baru aku rasa pahit nye perpisahan...
bukan dengan awek pun..
tapi dengan sahabat rapat sendiri....
hal ni secara tak langsung dah 'down' kan perasaan aku...
aku tak de semangat langsung eventhough spm da tinggal beberapa bulan je time tu...
hal tu ak cuba lupa kan tapi x dapat langsung...
sebab aku still hargai apa yang die dah buat sebagai seorang sahabat...
aku cuma harapkan kite dpt jadi kawan macam dulu..
aku tak nak lebih...
aku tau kite ade komitmen terhadap tanggungjawab masing2
n aku tak nak kau ubah komitmen kau tu...
aku cuma perlukan ruang sebagai salah seorang sahabat...
bukan sebagai seorang teman istimewa...

cukup dulu mase untuk aku merapu ni...
semua ni hasil luahan hati yang masih kecewa atas kesalahan sendiri..
tapi apa yang dah berlalu.. x dapat untuk patah kembali...
bak kata pepatah arab...
masa itu ibarat pedang...
kalau kita tak menggunakannya secara betul akhirnya die akan memakan kita sendiri...

aku akhiri entry ni dengan lirik AXL- Andai dapat ku undur masa

Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri


-owari-

Tuesday, March 2, 2010

randomness....

ye..
saya memang nak mengarut je dalam post kali ini..
sekadar mau mengisi blog yang dah memang bosan
(ha.. tau pun bosan!!!)
semua ini berdasarkan apa yang dah terjadi sejak kebelakangan ini dan berdasarkan entry² makhluk² lain...
(affan... hang memang stalker!!)
ape aku peduli..
ini blog aku... suka hati akulah nak letak apa²...
berikut ialah antara hasil pemerhatian aku...
  1. bila aku nak start ambil gambar je nanti akan ada suara² off key yang mengatakan "nak tayang henpon baru ah tuh." ok... aku ambil gambar bukan nak menayang henpon eh... aku pakai enpon second hand jer. (sori kakak!!!) mane mampu nak beli benda2 canggih cam korang sume (cth: Ipod,psp,nds,denshi jisho) laptop aku pun aku tambah duit scholar aku ngan parent aku sket...
  2. menggunakan item sebagai kata ganti nama kepada manusia yang masih mahu dikekalkan anonymousity targetnya... (cth: ayam goreng, pizza, proton saga, lamborghini, epal hijau, coca cola) somehow aku terpikir... berdasarkan apa mereka bagi nicknames tersebut ye?? adakah berdasarkan pandangan orang lain terhadap benda tersebut (cth: kalau sebut epal hijau orang akan bayangkan benda tu masam, or kalau compare proton saga n lamborghini nampak sangat perbezaan taraf antara 2 makhluk tersebut)
  3. ayat bob marley... mereka suke post ayat² itu.... disebabkan itu saya pun mahu postkannye kat sini!! hahahaha.....
  • " You may not be her first, her last, or her only. She loved before she may love again. But if she loves you, what else matters ? She's not perfect - you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if she can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto her and give her the best you can. She may not be thinking about you every seconds of the day, but she will give you a part of her that she knows you can break - her heart. So don't hurt her, don't change her, don't analyze and don't expect more than she can give. Smile when she makes you happy, let her know when she makes you mad, and miss her when she's not there. " (zureq aku copy je dari post ko.... malas aku nak type balik sumer uh... panjang sangat.... hahahahaha)
by the way...sekarang nie tengah musim exam.... by hari khamis nie bermaksud tamat lah tahun pertama kitorang kat aaj nie... tapi aku tak suke hari tu... kenapa???? bukan sebab cuti akan membosankan... tp sebab cuti2 tersebut akan penuh dengan shukudai!!! (waaa... abes la cuti2 ku yang paling panjang... give me back my longest holiday!!!!)

dengan ini maka tamatlah post yang merepek ini....



-owari-

Wednesday, February 17, 2010

new post from... somewhere new!!!!

ok....
what I mean new...
of course....


my new lappy!!!!


hahahaha~
(what so good about it lol.. :p)
maybe bolehlah aku nak update selalu..
ye la... dulu nak update blog kena tunggu cuti or buat muka tak malu nak tumpang laptop orang...
so any update lepas ni...
dari laptop akulah tu!!!
(bajetlah wey~)


-owari-