Tuesday, March 15, 2011

satu perubahan???

pejam celik pejam celik dah lama juga blog ini muncul...
kira-kiranya waktu SPM lah jugak...
tapi itu sahajalah..
tidak ada perubahan...
template yang sama..
nak ubah..
tapi malas nak edit pos yang lama-lama...
nak ubah warna, placing dan sebagainya...
jadi anda terpaksalah bertahan dengan template ni sampai saya jadi rajin nak buat rombakan sepenuhnya ya...
ahahahahahaha XD

sebagai permulaan untuk perubahan saya tukarlah tajuk blog yang dah berkurun lamanya tu
(padahal tak sampaipun)
isi-isinya pun saya akan cuba dengan isi yang (kononnya) dapat menghilangkan kebosanan diri ini dan juga pembaca-baca yang singgah sama ada sengaja atau tidak sengaja....
dan saya juga ingin menjadikan blog ini sebagai lapangan untuk melatih diri untuk menulis (ke menaip???)
jadi jangan terkejut apabila saya ada menggunakan bahasa melayu, inggeris, mahupun jepun...
sebagai praktis yang baik saya akan cuba mengurangkan penggunaan kata seperti yg, ak, sy, dgn, ktorg, korg, dsbg, dan sebagainya!!!
jika boleh, ingin juga merajinkan diri ini dengan meletakkan tanda baca yang betul pada tempatnya...
saya akan cuba step by step la...
memang tak termampu kalau kita cuba ubah secara mendadak...
kalau kena culture shock nanti saya tak nak tanggung (entah apa kaitannya...)
mungkin ini titik permulaan bagi saya untuk menjadi blogger tegar selepas ini...
tapi apa-apa pun moga kita dapat faedah bersama walaupun di dalam blog yang tidak seberapa ini...

MATA NE!!

-owari-

conteng: walaupun tulis "aku punya suka la" tapi tak bermaksud saya raja disini... jika ada komen yang membina atau nasihat jangan la segan-segan ya... feel free to comment!!

conteng conteng: kadang-kadang kita lebih nampak benda yang negatif daripada yang positifnya... contoh: karikatur ultraman vs tsunami.... tak tau la itu komen ikhlas daripada rakyat jepun atau tidak tapi dia boleh baca benda yang kita katakan negatif itu dari sudut positif... dan saya tak katakan benda yang haram itu ada halalnya ya!!! jangan salah anggap XD

Sunday, December 5, 2010

Sudah...

... sekian lama aku tak menulis dalam blog ini
... lama tak makan aiskrim malaysia
... menyelesaikan peperiksaan EJU
... tengok beberapa anime sampai habis dan menontonnya berulang-ulang kali
... tidak sabar mahu ke Jepun
... hilang idea untuk terus menulis untuk entri kali ini

Sunday, May 2, 2010

100 Plus

bukan 100 tambah apa2 ye...
just some random theme utk di keluarkan...
antara 100 plus yang ada kat malaysia ni..
ada satu yang aku suka beli dan minum...

100 plus hijau...
a.k.a 100 plus berperisa lemon...

aku tak tau sejak bila aku mula boleh menerima 100 plus...
sebab time sekolah rendah aku akan rasa pelik bila minum 100 plus..
but time form 2 aku selalu diminta tolong untuk membeli 100 plus hijau tu...
aku pun jadi curious sedap sangat ke 100 plus hijau tu..
ada satu hari tu aku pun beli la untuk diri sendiri...
tak tau apasal sejak hari tu aku selalu mintak abah belikan 100 plus hijau tu untuk aku untuk bawak balik asrama...
dan secara tak langsung aku dah kurang minum coke atau pepsi...
kalau tak memang botol pepsi twist memang penuh kat dalam locker aku tu..
huhuhu~
tapi sekarang nie cam da jarang minum 100 plus...
maybe sebab aku cuba melupakan somebody yang ada kaitan dengan 100 plus hijau ni...
tapi rasa 100 plus hijau tetap best!!!
hahahaha~


-owari-

conteng: 100 plus ni mengingatkan aku kat bilik band sekolah... time WO da abes bile dak form 5 terasa nak turun bilik band and cikgu ada kat bilik dia akan bagi 100 plus yang berlebihan kat kitorang... time tu aku tepikir asal la banyak sangat 100 plus... padahal bukan keluar peluh banyak sangat peluh pun except time marching kan...

conteng conteng: bile da kurang minum 100 plus aku minum nescafe MOCHA plak... pergh... mengancam jiwa dan raga... hahahaha

Tuesday, April 6, 2010

Pelik tapi benar...

hari ini...
satu kejadian telah menggemparkan rakyat malaysia melalui internet....
iaitu seorang makhluk Allah telah menghina Allahyarham Din Beramboi...
aku tak nak letak nama makhluk tu kat sini...
sebab kalau korang search je pasal hina Allahyarham Din Beramboi ni automatik korang dapat nama penghina tersebut..
dan aku tak nak libat kan nama makhluk tersebut dalam blog aku ni..
nanti sekadar mempopularkan makhluk tersebuat dalam ruangan carian seperti google (dan aku dah cuba dan... WOW!!!! banyak giler hasil carian tersebut....)
apa yang aku nak ulas kali ini pasal mentaliti masyarakat kita sendiri....

mengenai penghina...
aku rasa penghhina ni memang lahir dalam keluarga islam...
tapi...
statement yang telah dikeluarkan oleh penghina tersebut telah menimbulkan perasaan curiga...
dalam salah satu statement penghina...
dia mengatakan bahawa dia beragama khadazan Sabah...
dimana kadazan itu bukanlah satu agama
tetapi salah satu kaum di Sabah...
namun sudah jelas terbukti bahawa dia adalah salah seorang pelajar yang menetap di kuantan...
persoalannya disini...
apabila dia telah keluarkan statement tersebut..
adakah status agama Islam itu akan kelihatan kukuh lagi??
adakah telah jatuh hukum murtad kerana dia mengaku menganut agama yang lain daripada islam???
and aku cukup tak puas hati kerana penghina tersebut telah mempermainkan salah satu tajuk surah dalam kitab Al-Quran dan menukarkan kepada kata kesat....
selepas itu penghina tersebut cuba menutup kesalahannya dengan memasuki group "Al-Quran sebagai kitab yang benar" atau "dakwah"...
saya taklah begitu sempurna serba serbi..
tapi tak kah perbuatan ini seperti seorang munafiq???
dan perbuatan ini sama sekali telah bercanggah dengan statement yang telah dikemukan oleh si penghina dan menunjukkan bahawa penghina in adalah seorang yang beragama Islam...

dan pandangan aku terhadap golongan2 manusia yang membenci si penghina...
memang patut untuk korang membenci perbuatan si penghina itu...
tapi sebagai golongan islam kita tak sepatutnya menghina dan menghamburkan kata2 kesat terhadapnya...
sebaliknya cuba menasihat dan mengambil iktibar daripada apa yang terjadi...
lihatlah sendiri apa yang terjadi kepada si penghina...
makin gembira apabila perbuatannya itu jadi tumpuan orang ramai dan ramai yang menhamburkan kata2 kesat kepadanya...
kita kena ingat bahawa orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya...
apabila masing2 mula menghamburkan kata2 kesat kepada si penghina...
takkah perbuatan tersebut hampir menyerupai si penghina???

jadi ambillah iktibar daripada apa yang terjadi...
harap Allah dpt memelihara kita daripada perbuatan seperti ini terjadi lagi...

aku akhiri catatan kali ini dengan harapan supaya kita dapat ambil iktibar dan jangan terlalu mengikut hawa nafsu... fikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi...

-owari-

conteng: ahh... isu yang timbul dalam masa yang sekejap... baru sehari je macam2 dah muncul dah... internet2... skjap je benda2 yang spatutnye atau sebaliknya tersebar....

conteng conteng: pelik... kalau dalam facebook ni kalau benci sesuatu je buat group... pastu maki2 dangan kata kesat.... pelik2.... aku rasa group patut ada sekadar untuk memberi informasi... bukannya ruangan untuk menghamburkan kata2 kesat... kita tak mengamalkan sistem realpolitik... dimana matlamat menghalakan cara... (ewah... keluar topik sejarah plak... padahal sejarah aku la slalu kantoi... hehehehehe~)

Tuesday, March 30, 2010

the return of.... MERAPU

haha...
nak gak title merapu uh..
by the way tadi dah ambil slip keputusan...
alhamdulillah...
masih lulus...

huhuhu
so SENYUM la~ (senyumlah senyumlah ahai... cik mek molek!!)
sebab bila anda tersenyum, anda boleh memberi efek kepada orang2 sekeliling anda seperti:

  • tersenyum kembali (senyum kan sedekah)
  • pandang ngan muke tak puas hati (rasenye pasal dyorang tak leh nak wat cam uh...)
  • wat muke pelik (pasal dyorang tak tau kenapa anda senyum)
  • memandang anda lalu tergelak sama ada bersendirian atau secara beramai-ramai...(kalau camni kena hati2 sedikit sebab mungkin anda tak perasan sesuatu yang tidak kena pada awak... cth: tak zip seluar rapat2)
huhu~
k lah... cukup lah hasil merapu untuk kali ni ye...
hak3~

-owari-