Tuesday, March 15, 2011

satu perubahan???

pejam celik pejam celik dah lama juga blog ini muncul...
kira-kiranya waktu SPM lah jugak...
tapi itu sahajalah..
tidak ada perubahan...
template yang sama..
nak ubah..
tapi malas nak edit pos yang lama-lama...
nak ubah warna, placing dan sebagainya...
jadi anda terpaksalah bertahan dengan template ni sampai saya jadi rajin nak buat rombakan sepenuhnya ya...
ahahahahahaha XD

sebagai permulaan untuk perubahan saya tukarlah tajuk blog yang dah berkurun lamanya tu
(padahal tak sampaipun)
isi-isinya pun saya akan cuba dengan isi yang (kononnya) dapat menghilangkan kebosanan diri ini dan juga pembaca-baca yang singgah sama ada sengaja atau tidak sengaja....
dan saya juga ingin menjadikan blog ini sebagai lapangan untuk melatih diri untuk menulis (ke menaip???)
jadi jangan terkejut apabila saya ada menggunakan bahasa melayu, inggeris, mahupun jepun...
sebagai praktis yang baik saya akan cuba mengurangkan penggunaan kata seperti yg, ak, sy, dgn, ktorg, korg, dsbg, dan sebagainya!!!
jika boleh, ingin juga merajinkan diri ini dengan meletakkan tanda baca yang betul pada tempatnya...
saya akan cuba step by step la...
memang tak termampu kalau kita cuba ubah secara mendadak...
kalau kena culture shock nanti saya tak nak tanggung (entah apa kaitannya...)
mungkin ini titik permulaan bagi saya untuk menjadi blogger tegar selepas ini...
tapi apa-apa pun moga kita dapat faedah bersama walaupun di dalam blog yang tidak seberapa ini...

MATA NE!!

-owari-

conteng: walaupun tulis "aku punya suka la" tapi tak bermaksud saya raja disini... jika ada komen yang membina atau nasihat jangan la segan-segan ya... feel free to comment!!

conteng conteng: kadang-kadang kita lebih nampak benda yang negatif daripada yang positifnya... contoh: karikatur ultraman vs tsunami.... tak tau la itu komen ikhlas daripada rakyat jepun atau tidak tapi dia boleh baca benda yang kita katakan negatif itu dari sudut positif... dan saya tak katakan benda yang haram itu ada halalnya ya!!! jangan salah anggap XD

No comments: