Sunday, December 6, 2009

Blogging Mood~

最近気分が悪いけど、実に何も書きたくないが、今日少ししか書かない。
長い時間があるとき、絶対に書こうと思う!!

perasaan aku sejak sejak kebelakangan aku tak berapa baik,
jadi sebenarnya aku tak mahu tulis apa-apa,
tapi hari ini sahajalah aku tulis sedikit.
kalau ada masa yang panjang semestinya akan tulis!!!

おわり
tamat

Wednesday, September 2, 2009

Kemisterian melanda...

OH YEAH!!
Minasan... Hisashiburidesune??
(semua...lama tak jumpa ye)
hahaha~
aku tak tau arr kenapa aku tetiba terasa nak menaip kembali entry ke dalam blog ini...
tapi terasa adakalanya perlu juga isi...
taknak lah pulak blog ini jadi projek terbengkalai pulak!!!

(hahahaha kalau jadi apa salahnya~)
kali ini aku cuma mahu tegaskan aku terasa sungguh penat dan letih setelah hampir 4 bulan ikut kursus RPKJ
...
jadual harian yang sangat packed..
kalau mahu dibandingkan sewaktu di sekolah dulu
totemo chigauyo!!
(sangat berbeza!!!)
walau bagaimanapun...
banyak perkara aku dah lalui sepanjang aku berada di
UM
ni..
tatoeba...

(contohnya...)


  • rasa sekejap sahaja untuk membolehkan diri ni untuk lulus JLPT level 4 (yang pernah diambil sewaktu hujung tahun 2007 dan terasa sngat susah ketika itu...)
  • kenal dengan ramai orang seperti safoo, boss, ell, mun, ben and ramai lagi ahh...
  • jumpa salah seorang member internet cik athen iaitu cik shamim..(hahahaha)

and sempena bulan puasa ini aku mahu ucapkan selamat berpuasa dan berbuka puasa...
ok... berbalik kepada tajuk post ini...
sejak kebelakangan ini selalu je en. sakit kepala datang melawat kepala aku...
entah kenapa jadi macam ini..
kena pulak dengan En. S yang semacam mahu sangat aku contact kembali cik N...
so hampir setiap kali sebelum tidur aku akan terpikir about cik N and secara tidak sengaja memikirkan apa ayat yang harus aku susun and sampaikan kepada cik N...
so tidur memang tak lenalah jadinya...
mana taknya..
otak terpaksa berkerja sebelum tidurkan..
so terpaksalah top up tidur sewaktu kyuukei (rehat sekejap) atau even waktu lecture yang tersangat mendayu-dayu seperti irama yang sering didengari daripada radio atuk sewaktu malam-malam (hahahahahaha)
berkenaan dengan cik N..
aku tak mahu jelaskan secara lanjutlah sebabkan hal ini agak peribadi bagi aku..
tapi aku cuma boleh katakan bahawa aku sedang mencari cara untuk mengetahui apa masalah yang telah terjadi antara aku dan cik N serta cara untuk aku minta maaf daripada cik N andai kata aku ada buat salah dan silap kepada dia...
tapi aku sendiri tak tahu apa halangan yang menyebabkan aku tak mahu menghubungi cik N...
so aku rasa biarkanlah misteri yang melanda itu terus menjadi misteri buat sementara ini..
lebih baik aku berehat sekejap daripada terus membebankan kepala dengan masalah yang aku tak sendiri tahu apa masalahnya...
huhuhu..

so aku rasa buat kali ini sampai disini sahaja dululah...

-owari-

Friday, July 24, 2009

uwaaa~

agak la penat...
sudah lama juga since aku dah tak bukak blog aku nie...
maklum arr sejak bergelar budak RPKJ...
memang sibuk je memanjang...
and then terpaksalah buat muka meminta belas ihsan orang lain untuk meminjam laptop2 mereka..
hua3...
sanggup menebalkan muka yang sememangnya nipis untuk memastikan hubungan dengan dunia di luar sana tak terputus... (hua3....)
so sekarang ada lebih kurang seminggu cuti dan mungkin (I repeat... MUNGKIN!!!!) akan cuba lah isi apa yang dah terjadi since 2 bulan tak dapat menghadap komputer di rumah dan of course blog yang tak berisi nie...
muahahahahahahaha~

Friday, April 24, 2009

Tag pertama!!!!

ok... ni first tag yang aku terima since the first time tulis blog
(congrats to cik thah!!!)
aku pun tak de pengalaman sebenarnye buat benda-benda camni..
(malas lagi satu hal)
tapi since orang dah tag...
aku buat je la~
k...
mempersembahkan...

MY FIRST TAG!!!!
(owh... tajuk itu auta semata-mata.. maybe??)

•Adakah anda seorang yang emo?

it depends...
but when I got OVERLY DEPRESSED..
I will turn to EMO mode..
*wink²*

•Selalu menangis?

waktu sekolah rendah dulu selalu sangat...
waktu sekolah menengah dah kurang sket...
since da abes skola ade gak kot..
tapi jarang sgt la...

•Adakah anda menangis apabila menonton/baca cerita sedih?

saya suka ulang perkataan ini..
IT DEPENDS!!
yea..sometimes the story is good enough for to cry...
hahaha~

•Kali terakhir anda menangis sekuat hati?

I don't remember lah...
maybe somewhere during Form 2..
tapi takdelah sekuat ati..
tapi sangat sedih la~

•Kenapa anda menangis waktu itu?

biar la rahsia~ hahahaha

•Apa yg anda lakukan sewaktu itu?

-SDA-

•Adakah anda rasa anda patut menangis ketika itu?

-SDA-

•Pernah ke menenangkan kawan yg sedang menangis?

pernah rasanye...
biasenye budak perempuan la..
hahahaha~

•Kalau anda menangis, adakah di depan seseorang or sorang-sorang?

owh.. kalo boleh saya maw nanges sorang-sorang...
tapi if ada yang sudi comfortkan saya...
e.g.(let me be your shoulder to cry on!!!)
hahaha~ (joke²~)

•Adakah anda menelefon seseorang ketika menangis untuk meluahkan masalah?

tak pernah~

•Pernahkah anda menangis ketika sedang sms dengan seseorang?

oh.. juga tak pernah...
tapi pernah jadi begitu sedih disebabkan satu mesej yang diterima ketika 4 Januari 2009
(waktu PLKN arr)

•Adakah dia tahu anda menangis ketika itu?

oh.. dye tidak mo amek kesah tentang aku selepas mesej itu...
so dye tak tau la~
tapi ade orang lain yang saya luahkan kesedihan tu...
(member satu sekolah n satu kem PLKN)

•Anda rasa bilakah anda akan menangis lagi?

Owh... maybe sebelum saya ke Jepun ... (WAAAAA!!!!)

• saya tag:

saya cukup malas nak tag sesape...
so sesape yang tersinggah kat sini...
and rajin sangat nak baca post orang..
rajin-rajin kan lah diri anda jawab tag ni ye~
hahahaha~
(by the way.. saya sangat berminat untuk tag cik TINA... tak tau kenape...)



*end of the first tag*

Wednesday, April 22, 2009

saya = terkejut!!!

k... title memberi maksud mendalam kepada saya..
orang JPA baru je call tadi..
n of course...

AKU TERKEJUT!!!!

K... sebab-sebab aku terkejut
  • dye bagitau aku kena daftar this Monday 27 April 2009
  • waktu pendaftaran 8:30 pagi di Kolej Raja Dr. Nazrin Shah, UM, KL
  • surat tawaran tidak akan dihantar ke rumah
  • surat tawaran akan diberikan sewaktu mendaftar
  • yuran total dye adalah RM450 (same pulak dengan elaun PLKN aku)
  • bebudak len banyak daftar lambat lagi...
  • sebab cuti aku dah nak abes!!!!
hahaha~
anyway aku tak kisah lah...
yang penting aku dah ade tempat nak tuju..
lagi pown aku bukan macam en. anas yang sudah mau tinggalkan bumi Malaysia ini..
I still have time in about 2 years to stay in Malaysia..
hahaha~
lagi baik aku tarik nafas rilek kan diri sendiri dulu..
kang nanti leh jadi tensyen plak..
hahaha~

chiao~

Monday, April 20, 2009

HD Wonders!!!

haha~
aku terfikir pasal HD nie disebakan satu perkara je...
"Final Fantasy VII Advent Children Complete"
ya..
dikeluarkan dalam Blu-ray disc (dimana sudah pastinya sangat mahal)
dan gambaran dalam HD!!!
aku sangat la teruja dan berharap dapat tengok cite tu...

sebab-sebab aku nak tengok cerita tu:
  • gambaran pertama yang aku dapat cari.. ada part yang tak dimasukkan dalam yang asal.. contohnye bile Sephiroth cucuk badan Cloud dengan Masamune lepas tu angkat die ke arah langit...
  • Trailer yang dikeluarkan dalam youtube.. sesetengah part yang di tambah menjelaskan lagi jalan cerita advent children... contohnye kehadiran Danzel, serangan Kadaj terhadap Tseng dan konco2nya~
  • Perlawanan yang lebih menarik, Tifa lagi banyak beraksi, Danzel ade gak bergerak untuk mempertahankan diri, waktu Cloud, Kadaj, Yazoo dan Loz lawan atas motor, Rude yang gunakan bazooka (wow!!), dan sudah semestinya perlawanan antara Cloud dan Sephiroth!!
  • HD!!! iye... gambar yang akan dapat dilihat dengan menarik sekali... kesan kotoran, luka dsb...
tapi disebabkan komputer aku yang dah sememangnye berat... jd tak dpt la menikmati sepenuhnye trailer tersebut dalam bentuk HD...
namun disebabkan semangat nye dengan HD..
aku tetap tunggu dan sangat bersemangat untuk ambil beberapa gambar daripada trailer tersebut...
berikut adelah gambar-gambar yang aku rasakan menarik...


(Cloud Strife looking sooooo real)

(lihat karat-karat kat Buster Sword tu...)

(yay untuk Reno!!)

(Vincent Valentine)

(Rude yang botak!!)

(nak melepaskan bazooka!!)

setelah selesai je tengok trailer tu.. bermula jugak prjek mencari video-video lain..
teringat la dekat Crisis Core : Final Fantasy VII dimana ia adalah prequel kpada FF VII...
Ada tengok satu video dimana Genesis, Angeal, dan Sephiroth berlawan..
mula-mula dah salah anggap Angeal dengan Zack Fair kerana mereka menggunakan pedang yang sama...
setelah mencari info di wiki..
baru tau sebenarnye Buster Sword telah diturunkan daripada Angeal kepada Zack dan diserahkan kepada Cloud sebelum Zack mati...
selepas itu tengok ending Crisis Core yang nampak agak menyedihkan..
disini aku just nak cakap CGI yang digunakan untuk part tersebut sangat menarik..
dan selepas credit abes aku ternampak sesuatu yang aku tak sangka...
part tersebut merupakan sebahagian daripada intro FF VII tetapi menggunakan stail grafik seperti Advent Children..
ada yang pernah mengatakan part akan menjadi seperti begitu sekiranya FF VII dibawa untuk pelantar PS3...
secara tak langsung ia menjelaskan kenapa video tersebut boleh muncul walaupun fakta ianya akan keluar untuk PS3 sama sekali tak betul...
huhuhu~

Saturday, April 18, 2009

yeah!! 日本!! (Japan!!)

haha~
bukan main penat lagi aku tunggu keputusan JPA nak keluar..
bcoz sebelum tu da check untuk kemasukan ke matrikulasi..
so aku dapat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNs) a.k.a. matrik pilah..
hahaha~
and petang tu akak aku ada bagi ym kat aku..
dia pesan jangan pergi matrik..
bcoz tak best..
haha~
aku da fikir macam-macam la~
macam mana la aku kalau aku tak dapat tawaran JPA nie..
serabut jugak la kepala otak..

malam 17 april 2009...

masih dalam keadaan cuak...

lebey kurang jam 2350

en. anas da ym aku..
beliau da tanye result ku macam mana..
ake cuba ke page JPA mencari mana kah butang untuk semakan keputusan tu.
tak jumpa and aku terus main game untuk kurangkan rase cuak~

jam 0025 18 April 2009

en. anas mengejutkan aku yang sedang khusyuk main game..
beliau (ceh beliau lagi) bagi aku page http://esilav2.jpa.gov.my and terus suruh aku semak...
aku buka page tu dan terus cari link yang aku nak...

aku memasukkan no ic aku and...
VOILA!!!
keluar arr page seperti yang tertera di bawah ini..
haha~

(owh.. pedulikan masa pada screenie ini.. aku excited sampai terlupa nak amek screenie ketika itu..hehehe)

so mula la menghebohkan berita tersebut kepada en. anas yang sesungguhnya cam berminat nak tau keputusan aku (atau sebenarnye die just nak tau kalau orang yang dapat die akan keluar ape.. haishhh)
and disebabkan aku agak bizibody..
aku cuba la memasukkan beberapa no ic geng-geng ak yang ada apply kursus dekat jepun nie..
and keputusan die??

Nama - Kursus - Status
  • Ahmad Suhaimi - Kejuruteraan Akademik Jepun - BERJAYA!!
  • Hafiz Othman - Pergigian Jepun - BERJAYA!!
  • ????????? - Kejuruteraan Teknikal Jepun - tidak berjaya~ (nama tak ditunjuk kerana takut sensitiviti berlaku... hehehe)
huhu~
setelah berpuas hati..
aku tidur agak awal berbanding hari-hari sebelumnye.. (ceeeeeehhh)
pagi tadi baru teragak nak check untuk seorang lagi..
nyaris terlupa bcoz tak de contact die since abes interview ari tu.. (ke since abes plkn..ntah.. don't care lah)
so projek bizibody aku pun bermula la balik..
haha..
anyway..
cik farihin turut berjaya mendapat tawaran biasiswa tersebut~
haha~
aku message die supaya cek keputusan tersebut..
sebab penerimaan tawaran tersebut kena sahkan sebelum 21 April 2009
so aku buat-buat la tak taw kan.. (ye la.. tak nak la spoil surprise untuk orang..)
tapi kantoi gak akhirnye..
hahaha~
anyway..
aku nk tegaskan...


AKU DAPAT TAWARAN KE JEPUN!!!
やった!!!! (YATTA!!!!)


Thursday, April 16, 2009

owho~

hari ini~
16 April 2006..
maksudnye..
esok keluar matriks punye keputusan..
lusa pulak keluar JPA punye keputusan (untuk course yang aku ambek la~)
huhu~
cuak²~
tak pe..
ko lek je fan...
kalau ada rezeki untuk ko mesti dapat punye..
hahahaha~
anyway...
I'm just writing this because I don't know what to do now..
maybe i search for some widgets to be added into this blog..
hahaha~
k la..
gue mau cau dulu~
tata~

Friday, April 3, 2009

Haha~ FINALLY!!

aku kebosanan..
tetiba je teragak nak cari satu lagu ni..
aku tak ingat apa tajuk lagu tu..
tapi ada la part lirik lagu tu aku ingat...
"kata polis, kata polis, mengacukan pistol kekepalanya..."
aku search la guna yahoo ...
n voila~
Pretty Ugly - En. Ronald Moore
tu la tajuk nye...
hahaha~
bile aku tengok tajuk dye macam berita la pulak..
so aku search la guna yahoo lagi..
mula-mula tak jumpa..
pepaham jela ramai orang kat dunia ni yg guna nama Ronald Moore tu..
n then aku terjumpa artikel bahawa lagu ni single pertama dari Pretty Ugly..
n KRU Studio (ye ke??) ada hantar faks keratan berita tu sebelum pengenalan group tu..
so aku cari jela artikel yang digembar-gemburkan tu..
bile da jumpa terkejut la jugak..
memang lirik dye amek bulat-bulat dari berita tu...
huhuhu~

Lirik En. Ronald Moore :-

Seorang lelaki Dallas
Yang menurut polis mabuk seharian, sebelum
memaksa anak lelakinya berusia 6 tahun
menembaknya di kepala

Mati akibat kecederaannya
semalam, lapor jurucakap hospital
Ronald Moore 42 ditembak di kepala
Pada hari Easter Ahad lalu

Apabila dia mengarahkan budak itu mengacu pistol
.22 ke kepalanya dan menarik picunya, kata polis
Kata polis, kata polis Dallas

Keluarga lelaki itu memberitahu polis, Moore menjadi kecewa
dan agresif, selepas meminum arak vodka hampir seharian, budak
lelaki itu dan abangnya berusia 11 tahun sedang bermain di rumah
Apabila Moore mendekati mereka, nama kanak-kanak itu tidak didedahkan

-lagu abes-

k..
cuba bandingkan berita yang aku ambil bulat-bulat dari internet...

Lelaki mabuk mati ditembak anak

DALLAS, Khamis - Seorang lelaki Dallas yang menurut polis mabuk seharian sebelum memaksa anak lelakinya berusia enam tahun menembaknya di kepala, mati akibat kecederaannya semalam, lapor jurucakap hospital.

Ronald Moore, 42, ditembak di kepala pada hari Easter, Ahad lalu apabila dia mengarahkan budak itu mengacu pistol .22 ke kepalanya dan menarik picunya, kata polis Dallas.

Keluarga lelaki itu memberitahu polis, Moore menjadi kecewa dan agresif selepas meminum arak vodka hampir seharian.

Budak lelaki itu dan abangnya berusia 11 tahun, sedang bermain di rumah apabila Moore mendekati mereka. Nama kanak-kanak itu tidak didedahkan. - Reuters

Berita Harian 20/04/2001 Page 24, 95 words

haha~

aku sertakan skali lagu dye kt bawah nie supaya korang dapat dengar n pastikan...
hahahaha~


Mr. Ronald Moore - Pretty Ugly