Friday, April 3, 2009

Haha~ FINALLY!!

aku kebosanan..
tetiba je teragak nak cari satu lagu ni..
aku tak ingat apa tajuk lagu tu..
tapi ada la part lirik lagu tu aku ingat...
"kata polis, kata polis, mengacukan pistol kekepalanya..."
aku search la guna yahoo ...
n voila~
Pretty Ugly - En. Ronald Moore
tu la tajuk nye...
hahaha~
bile aku tengok tajuk dye macam berita la pulak..
so aku search la guna yahoo lagi..
mula-mula tak jumpa..
pepaham jela ramai orang kat dunia ni yg guna nama Ronald Moore tu..
n then aku terjumpa artikel bahawa lagu ni single pertama dari Pretty Ugly..
n KRU Studio (ye ke??) ada hantar faks keratan berita tu sebelum pengenalan group tu..
so aku cari jela artikel yang digembar-gemburkan tu..
bile da jumpa terkejut la jugak..
memang lirik dye amek bulat-bulat dari berita tu...
huhuhu~

Lirik En. Ronald Moore :-

Seorang lelaki Dallas
Yang menurut polis mabuk seharian, sebelum
memaksa anak lelakinya berusia 6 tahun
menembaknya di kepala

Mati akibat kecederaannya
semalam, lapor jurucakap hospital
Ronald Moore 42 ditembak di kepala
Pada hari Easter Ahad lalu

Apabila dia mengarahkan budak itu mengacu pistol
.22 ke kepalanya dan menarik picunya, kata polis
Kata polis, kata polis Dallas

Keluarga lelaki itu memberitahu polis, Moore menjadi kecewa
dan agresif, selepas meminum arak vodka hampir seharian, budak
lelaki itu dan abangnya berusia 11 tahun sedang bermain di rumah
Apabila Moore mendekati mereka, nama kanak-kanak itu tidak didedahkan

-lagu abes-

k..
cuba bandingkan berita yang aku ambil bulat-bulat dari internet...

Lelaki mabuk mati ditembak anak

DALLAS, Khamis - Seorang lelaki Dallas yang menurut polis mabuk seharian sebelum memaksa anak lelakinya berusia enam tahun menembaknya di kepala, mati akibat kecederaannya semalam, lapor jurucakap hospital.

Ronald Moore, 42, ditembak di kepala pada hari Easter, Ahad lalu apabila dia mengarahkan budak itu mengacu pistol .22 ke kepalanya dan menarik picunya, kata polis Dallas.

Keluarga lelaki itu memberitahu polis, Moore menjadi kecewa dan agresif selepas meminum arak vodka hampir seharian.

Budak lelaki itu dan abangnya berusia 11 tahun, sedang bermain di rumah apabila Moore mendekati mereka. Nama kanak-kanak itu tidak didedahkan. - Reuters

Berita Harian 20/04/2001 Page 24, 95 words

haha~

aku sertakan skali lagu dye kt bawah nie supaya korang dapat dengar n pastikan...
hahahaha~


Mr. Ronald Moore - Pretty Ugly

2 comments:

izzah nasir said...

walaweyhhh
maknenye mmg btol2 brlaku la ek.
em fan lagu nie bkan da lame ke?
hekhek
rase cm da lame dgr
;))

d@rKCl¥d3™ said...

mmg lagu lame pown...
hahaha~
tetibe je t'igt...