Tuesday, April 6, 2010

Pelik tapi benar...

hari ini...
satu kejadian telah menggemparkan rakyat malaysia melalui internet....
iaitu seorang makhluk Allah telah menghina Allahyarham Din Beramboi...
aku tak nak letak nama makhluk tu kat sini...
sebab kalau korang search je pasal hina Allahyarham Din Beramboi ni automatik korang dapat nama penghina tersebut..
dan aku tak nak libat kan nama makhluk tersebut dalam blog aku ni..
nanti sekadar mempopularkan makhluk tersebuat dalam ruangan carian seperti google (dan aku dah cuba dan... WOW!!!! banyak giler hasil carian tersebut....)
apa yang aku nak ulas kali ini pasal mentaliti masyarakat kita sendiri....

mengenai penghina...
aku rasa penghhina ni memang lahir dalam keluarga islam...
tapi...
statement yang telah dikeluarkan oleh penghina tersebut telah menimbulkan perasaan curiga...
dalam salah satu statement penghina...
dia mengatakan bahawa dia beragama khadazan Sabah...
dimana kadazan itu bukanlah satu agama
tetapi salah satu kaum di Sabah...
namun sudah jelas terbukti bahawa dia adalah salah seorang pelajar yang menetap di kuantan...
persoalannya disini...
apabila dia telah keluarkan statement tersebut..
adakah status agama Islam itu akan kelihatan kukuh lagi??
adakah telah jatuh hukum murtad kerana dia mengaku menganut agama yang lain daripada islam???
and aku cukup tak puas hati kerana penghina tersebut telah mempermainkan salah satu tajuk surah dalam kitab Al-Quran dan menukarkan kepada kata kesat....
selepas itu penghina tersebut cuba menutup kesalahannya dengan memasuki group "Al-Quran sebagai kitab yang benar" atau "dakwah"...
saya taklah begitu sempurna serba serbi..
tapi tak kah perbuatan ini seperti seorang munafiq???
dan perbuatan ini sama sekali telah bercanggah dengan statement yang telah dikemukan oleh si penghina dan menunjukkan bahawa penghina in adalah seorang yang beragama Islam...

dan pandangan aku terhadap golongan2 manusia yang membenci si penghina...
memang patut untuk korang membenci perbuatan si penghina itu...
tapi sebagai golongan islam kita tak sepatutnya menghina dan menghamburkan kata2 kesat terhadapnya...
sebaliknya cuba menasihat dan mengambil iktibar daripada apa yang terjadi...
lihatlah sendiri apa yang terjadi kepada si penghina...
makin gembira apabila perbuatannya itu jadi tumpuan orang ramai dan ramai yang menhamburkan kata2 kesat kepadanya...
kita kena ingat bahawa orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya...
apabila masing2 mula menghamburkan kata2 kesat kepada si penghina...
takkah perbuatan tersebut hampir menyerupai si penghina???

jadi ambillah iktibar daripada apa yang terjadi...
harap Allah dpt memelihara kita daripada perbuatan seperti ini terjadi lagi...

aku akhiri catatan kali ini dengan harapan supaya kita dapat ambil iktibar dan jangan terlalu mengikut hawa nafsu... fikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi...

-owari-

conteng: ahh... isu yang timbul dalam masa yang sekejap... baru sehari je macam2 dah muncul dah... internet2... skjap je benda2 yang spatutnye atau sebaliknya tersebar....

conteng conteng: pelik... kalau dalam facebook ni kalau benci sesuatu je buat group... pastu maki2 dangan kata kesat.... pelik2.... aku rasa group patut ada sekadar untuk memberi informasi... bukannya ruangan untuk menghamburkan kata2 kesat... kita tak mengamalkan sistem realpolitik... dimana matlamat menghalakan cara... (ewah... keluar topik sejarah plak... padahal sejarah aku la slalu kantoi... hehehehehe~)

2 comments:

zack said...

aku x caye nie affan yang tulis..~ waa..affan da besar skg~ hahaha

norathina said...

hoho... yup agree~
dan aku 60% percaya ini Affan yang tulis..he~